• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Henry Harry Jinep berdepan Jani Unggu di Tasik Biru
28 November 2026 | 05:52 PM

Henry Harry Jinep berdepan Jani Unggu di Tasik Biru

BAU, 28 Nov: Persaingan dua penjuru bakal menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Henry Harry Jinep berdepan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Jani Unggu bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sarawak ke-13.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Nayoi mengumumkan kedua-dua calon yang layak bertanding pada kira-kira 10.15 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Suarah Bau, di sini, hari ini.

Pengumuman itu sekali gus menandakan bermulanya tempoh kempen selama 14 hari bagi kedua-dua calon untuk meraih sokongan pengundi.

Seawal 7 pagi, kawasan sekitar Dewan Suarah Bau mula dipenuhi penyokong parti masing-masing yang hadir bagi memberikan sokongan kepada calon pilihan mereka.

Suasana di pekarangan pusat penamaan calon turut dimeriahkan dengan kehadiran penyokong GPS yang mengenakan pakaian berwarna putih, manakala penyokong PBDS tampil dengan pakaian berwarna biru.

Henry tiba di lokasi kira-kira 8.05 pagi dan disambut sorakan penyokong GPS, manakala Jani tiba sekitar 8.20 pagi dengan sokongan penyokong PBDS.

Proses penyerahan borang pencalonan bermula tepat 9 pagi dengan Henry menjadi calon pertama menyerahkan borang, diikuti Jani.

Untuk rekod, Henry yang mewakili GPS menerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) kini berusaha mempertahankan kerusi DUN Tasik Biru untuk penggal ketiga.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok