• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Wanita GPS lakar sejarah, semua lima calon menang tanpa bertanding
28 November 2026 | 04:44 PM

Wanita GPS lakar sejarah, semua lima calon menang tanpa bertanding

KUCHING, 28 Nov: Kesemua lima calon wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-13 melakar sejarah tersendiri apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas proses penamaan calon hari ini.

Mereka ialah Ketua Wanita GPS merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri Dato Sri Fatimah Abdullah (Dalat) dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang).

Turut mencatat kejayaan sama ialah Dayang Noorazah Awang Sohor (Lingga) serta dua muka baharu Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim (Muara Tuang) dan Nurfatin Syafawani Tahamat (Bekenu).

Kemenangan itu menyaksikan Dayang Nurfizawati dan Nurfatin Syafawani bakal menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak buat kali pertama manakala tiga lagi berjaya mempertahankan kerusi masing-masing tanpa perlu melalui proses pengundian pada 12 Dis.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menzahirkan ucapan tahniah kepada kelima-lima calon berkenaan, sambil menyifatkan kemenangan itu sebagai amanah dan tanggungjawab untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Semoga kepercayaan yang diberikan ini menjadi dorongan untuk terus membawa suara serta memperjuangkan keperluan masyarakat di kawasan masing-masing. Tahniah dan selamat menjalankan amanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU DUN Sarawak kali ini, GPS mengetengahkan lima calon wanita berbanding empat pada PRN 2021, termasuk dua muka baharu daripada latar belakang profesional berbeza.

Nurfatin Syafawani, 34, adalah bekas jurutera kanan Sarawak Energy Berhad manakala Dayang Nurfizawati, 51, berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Premier Sarawak sejak 2017.

PRN Sarawak ke-13 mempertaruhkan 82 kerusi DUN, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Dis sebagai hari pengundian awal dan 12 Dis sebagai hari pengundian.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok