• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Perbezaan pendapat bukan penghalang pembangunan dan kemajuan Sarawak
28 November 2026 | 05:42 PM

Perbezaan pendapat bukan penghalang pembangunan dan kemajuan Sarawak

ENGKILILI, 28 Nov: Perbezaan pendapat tidak seharusnya menjadi penghalang kepada agenda pembangunan dan kemajuan yang sedang dilaksanakan di seluruh Sarawak, sebaliknya perlu ditangani secara profesional demi kepentingan rakyat.

Dr Johnical Rayong yang menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili berkata, semua pihak perlu melihat kepentingan yang lebih besar, termasuk kesejahteraan rakyat serta kestabilan kepimpinan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurutnya, kemenangan tanpa bertanding pada hari penamaan calon hari ini mencerminkan perpaduan masyarakat di peringkat akar umbi serta keyakinan mereka terhadap kepimpinan Premier Sarawak dan kerajaan GPS.

“Kadang-kadang kita mempunyai perbezaan pendapat, tetapi kita perlu bersikap profesional dan melihat gambaran yang lebih besar iaitu rakyat Sarawak, kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kerajaan GPS.

“Mandat ini menunjukkan rakyat bersatu padu di bawah kepimpinan saya di peringkat akar umbi, sekali gus memberi keyakinan penuh kepada Premier dan kerajaan GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Engkilili pada Sabtu.

Mengulas lanjut, katanya, pembangunan untuk rakyat perlu diteruskan kerana perkara itu menjadi keperluan dan harapan masyarakat.

Katanya, kesinambungan pembangunan amat penting bagi merealisasikan visi Premier Sarawak untuk menjadikan negeri ini maju menjelang 2030.

“Setiap pembangunan, terutamanya pembangunan untuk rakyat harus diteruskan kerana rakyat memang mahukan pembangunan. Ini penting bagi merealisasikan impian Premier untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri maju menjelang tahun 2030,” ujarnya.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok