KUCHING, 28 Nov: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila penyandangnya daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Violet Yong Wui Wui dicabar calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Wee Hong Seng dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tiong Ing Neng.
Calon GPS, Dato Wee Hong Seng yang juga Datuk Bandar Kuching Selatan tiba di pusat penamaan calon di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 8.34 pagi dengan diiringi penyokong yang melaungkan slogan ‘Team Abang Jo, Sokong Wee Hong Seng’.
Wee, 64, menyempurnakan proses penamaan calon dengan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Kho Teck Wan bertindak sebagai pencadang, manakala Kapitan Lau Thin Kin sebagai penyokong.
Sementara itu, calon DAP, Violet Yong Wui Wui, 49, turut menyempurnakan proses penamaan calon dengan adiknya, Valene Yong Wui Fei sebagai pencadang dan pembantu peribadinya, Choo Chiew Jun sebagai penyokong.
Calon PBK, Tiong Ing Neng, 32, yang merupakan seorang peguam tidak dapat hadir ke pusat penamaan calon kerana berada di London, United Kingdom.
Bagaimanapun, proses penamaan calonnya berjaya disempurnakan menerusi kehadiran pencadang, Yeo Teng Seng dan penyokong, Chong Chee Kwong yang membawa borang penamaan calon serta dokumen berkaitan.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Taufiq Abdullah kemudian mengumumkan secara rasmi pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Pending.
Sumber: TVS
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122
Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment
Telegram: @tvsarawak
TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment
X: @tvsarawak
YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment
WhatsApp: TVS
Back