GEDONG, 28 Nov: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong selepas pencalonan calon Bebas, Sahari Pet, 75, tidak diterima berikutan kegagalan menandatangani dokumen pencalonan.
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi bahagian Gedong, Jamain Wahab, sekali gus menyaksikan Abang Johari yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) muncul sebagai calon tunggal bagi kerusi berkenaan.
Sebelum itu, Sahari Pet tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Gedong sekitar jam 8.16 pagi dengan diiringi pencadang, Rambli Jamain, dan penyokong, Johnnie Sahari.
Sementara itu, Abang Johari tiba pada jam 8.43 pagi bersama pencadang, Dato Sri Naroden Majais, serta penyokong, Penghulu Francis Kuncie.
Ketibaan Abang Johari turut disambut ribuan penyokong yang membanjiri perkarangan pusat penamaan calon.
Proses penamaan calon bermula tepat jam 9 pagi dan berlangsung sehingga jam 10 pagi.
Keputusan itu menyaksikan Abang Johari berjaya mengekalkan kerusi DUN Gedong tanpa perlu melalui pertandingan pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-13.
Sumber: TVS
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122
Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment
Telegram: @tvsarawak
TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment
X: @tvsarawak
YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment
WhatsApp: TVS
Back