KUALA LUMPUR - Hasrat seorang peminat tegar kumpulan rock Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), untuk menyaksikan persembahan kumpulan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak kesampaian apabila tiket konsert yang dibelinya didapati sudah digunakan individu lain.
Pan Ruichen, yang sanggup membatalkan urusan kerja dan terbang bersendirian dari Beijing ke Kuala Lumpur demi konsert berkenaan, berdepan pengalaman mengecewakan sebaik tiba di lokasi kira-kira jam 6.30 petang.
Dia dimaklumkan bahawa tiket yang dimilikinya tidak lagi sah kerana kod QR berkenaan sudah diimbas oleh individu lain pada jam 3.22 petang.
Lebih mengecewakan, tiket itu dibelinya menerusi sebuah laman web hampir setahun sebelum konsert berlangsung.
Insiden berkenaan menyebabkan Pan tidak dapat memasuki stadium untuk menyaksikan persembahan kumpulan yang diminatinya itu.
Sumber: Oh! Media
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back