• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Azizulhasni akhirnya juara Komanwel, emas sulung tamat penantian 16 tahun
01 August 2026 | 12:42 PM

Azizulhasni akhirnya juara Komanwel, emas sulung tamat penantian 16 tahun

GLASGOW - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk bergelar juara Sukan Komanwel apabila merangkul pingat emas sulung menerusi acara keirin di Velodrom Sir Chris Hoy, awal pagi tadi.

Kejayaan bersejarah itu melengkapkan koleksi pingat Azizulhasni di pentas Sukan Komanwel selepas sebelum ini meraih pingat gangsa pada edisi Glasgow 2014, sekali gus menebus kekecewaan yang menghantui kariernya sejak temasya di Delhi pada 2010.

Dalam perlumbaan akhir yang disertai enam pelumba, Azizulhasni memulakan kayuhan di kedudukan keempat sebelum mempamerkan pecutan bertenaga pada selekoh terakhir untuk memintas semua pencabar dan melintasi garisan penamat sebagai juara.

Gelaran itu diraih selepas beliau menewaskan pelumba Australia, Leigh Hoffman yang meraih pingat perak, manakala gangsa menjadi milik wakil England, Harry Ledingham-Horn.

Sebaik perlumbaan berakhir, Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai 'The Pocket Rocketman' dilihat tidak dapat menahan sebak apabila terduduk di tepi trek sambil mengalirkan air mata, sebelum menerima tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong yang hadir sebagai penghargaan terhadap kejayaan bersejarah tersebut.

Terdahulu, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mengesahkan kemaraan ke pentas akhir selepas menamatkan saingan separuh akhir pertama di tempat kedua di belakang pelumba Australia, Tayte Ryan.

Bagaimanapun, Malaysia gagal menampilkan dua wakil di pentas final apabila Muhammad Shah Firdaus Sahrom terkandas di separuh akhir kedua selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

Pingat emas itu turut menutup episod duka Azizulhasni di temasya Sukan Komanwel.

Pada edisi Delhi 2010, beliau pada awalnya menyangka berjaya meraih gelaran juara selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang bekas rakan sepasukan, Josiah Ng, sekali gus menghadiahkan kedudukan satu-dua buat Malaysia.

Namun, keputusan itu berubah apabila Azizulhasni dilucutkan ke kedudukan keenam selepas didapati melakukan kayuhan berbahaya, sekali gus menyaksikan pingat emas menjadi milik Josiah.

Pada edisi Glasgow 2014, beliau sekadar membawa pulang pingat gangsa sebelum menamatkan saingan di tempat keenam pada Gold Coast 2018.

Azizulhasni turut terlepas peluang beraksi pada Birmingham 2022 kerana masih menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan masalah anomali arteri koronari yang dihidapinya sejak lahir.

Kejayaan di Glasgow kali ini bukan sahaja menghadiahkan pingat emas sulung buat Azizulhasni di pentas Sukan Komanwel, malah menjadi simbol kebangkitan luar biasa seorang atlet yang tidak pernah berputus asa dalam mengejar impiannya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok