• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Neymar Umum Bersara Dari Pentas Antarabangsa, Tamatkan Perjalanan Bersama Brazil
31 July 2026 | 10:42 AM

Neymar Umum Bersara Dari Pentas Antarabangsa, Tamatkan Perjalanan Bersama Brazil

SANTOS - Penyerang veteran Brazil, Neymar mengesahkan beliau tidak lagi akan menyarung jersi skuad kebangsaan selepas mengumumkan keputusan untuk menamatkan karier antarabangsanya.

Keputusan itu dibuat selepas kempen mengecewakan Brazil pada Piala Dunia 2026, dengan pemain berusia 34 tahun itu merasakan sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada baki perjalanan kariernya di peringkat kelab bersama Santos.

Neymar berkata, beliau berpuas hati dengan sumbangan yang telah diberikan kepada pasukan kebangsaan dan mengakui semangatnya untuk terus beraksi di pentas antarabangsa semakin berkurangan.

“Biar saya jelaskan kepada semua, perjalanan saya bersama pasukan kebangsaan sudah berakhir. Saya telah mencipta sejarah bersama Brazil dan memilih untuk mengundur diri dengan penuh penghormatan.

“Saya sudah memberikan segalanya kepada pasukan negara, termasuk seluruh jiwa saya. Saya sentiasa berjuang untuk jersi kuning ini, tetapi kini tiba masanya untuk saya berhenti,” katanya.

Walaupun penampilan terakhir Neymar bersama Brazil di Piala Dunia 2026 tidak berakhir seperti yang diharapkan, legasinya bersama Selecao tetap terpahat sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak negara itu.

Neymar kini memegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil, selain menjadi pemain kedua negara itu selepas legenda Pele yang berjaya menjaringkan gol dalam empat edisi Piala Dunia iaitu pada 2014, 2018, 2022 dan 2026.

Sepanjang karier antarabangsanya, Neymar menjadi tonggak penting Brazil dan meninggalkan warisan besar sebagai salah seorang pemain paling berpengaruh dalam era moden bola sepak negara tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok