• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Vozinha Terpaksa Gugurkan Nama Popular Pada Jersi Colo-Colo
29 July 2026 | 11:16 AM

Vozinha Terpaksa Gugurkan Nama Popular Pada Jersi Colo-Colo

SANTIAGO - Penjaga gol sensasi Cape Verde, Vozinha, berkemungkinan tidak dapat menggunakan nama popularnya pada jersi apabila memulakan karier bersama kelab gergasi Chile, Colo-Colo, susulan peraturan ketat Liga Primera Chile berhubung penggunaan nama pemain.

Pemain berusia 40 tahun itu menyertai Colo-Colo sebagai ejen bebas selepas mencuri tumpuan menerusi aksi cemerlang bersama Cape Verde di Piala Dunia, sekali gus membuka laluan kepada perpindahan terbesar dalam kariernya.

Bagaimanapun, peraturan liga hanya membenarkan pemain memaparkan satu atau kedua-dua nama keluarga pada jersi, manakala penggunaan nama samaran seperti "Vozinha" adalah dilarang. Pelanggaran peraturan itu boleh menyebabkan pemain dikenakan kad kuning secara automatik selain kelab didenda.

Nama sebenar penjaga gol berpengalaman itu ialah Josimar Jose Evora Dias, sekali gus bermakna dia mungkin perlu menggunakan nama "Evora", "Dias" atau "Evora Dias" pada jersinya sekiranya permohonan pengecualian tidak diluluskan.

Presiden Persatuan Bolasepak Chile, Pablo Milad, mengesahkan Colo-Colo telah mengemukakan permohonan rasmi bagi membolehkan pemain itu terus menggunakan nama "Vozinha".

"Kami sudah menerima permohonan daripada Colo-Colo dan akan menelitinya dalam masa terdekat sebelum memaklumkan keputusan kepada kelab," katanya.

Menurut Milad, kehadiran Vozinha mampu meningkatkan daya tarikan Liga Chile kepada penyokong.

"Dia akan menjadi tarikan besar. Melihat aksinya, sukar untuk mempercayai dia sudah berusia 40 tahun kerana masih begitu tangkas dan cergas. Kehadirannya pasti memberi nilai tambah kepada Colo-Colo dan juga bola sepak Chile," katanya.

Vozinha sebelum ini hampir tidak dikenali apabila tiba di Piala Dunia selepas dilepaskan kelab divisyen dua Portugal, Chaves, hanya beberapa minggu sebelum kejohanan bermula.

Sepanjang karier profesionalnya, beliau pernah beraksi di Cape Verde, Angola, Moldova, Cyprus dan Slovakia sebelum mencipta nama di pentas dunia.

Prestasinya membantu Cape Verde mengikat Sepanyol, Uruguay dan Arab Saudi, selain memberikan tentangan sengit kepada Argentina sehingga tewas dalam masa tambahan pada pusingan 32 terbaik, menjadikan beliau antara penjaga gol paling mendapat perhatian sepanjang kejohanan.

Popularitinya turut melonjak apabila jumlah pengikut di Instagram meningkat hampir 30 juta selepas aksi cemerlangnya di Piala Dunia.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok