• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Vozinha Teruskan Karier, Sertai Gergasi Chile Selepas Cemerlang Di Piala Dunia 2026
27 July 2026 | 02:43 PM

Vozinha Teruskan Karier, Sertai Gergasi Chile Selepas Cemerlang Di Piala Dunia 2026

SANTIAGO - Penjaga gol veteran Cape Verde, Vozinha, bakal membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila dilaporkan semakin hampir menyertai kelab gergasi Chile, Colo-Colo, selepas mencipta kejutan besar di pentas Piala Dunia FIFA 2026.

Pemain berusia 40 tahun itu menjadi antara watak paling mencuri perhatian sepanjang kejohanan selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika berdepan beberapa pasukan elit dunia.

Vozinha memainkan peranan penting membantu Cape Verde mencipta sejarah apabila berjaya mengikat juara dunia Sepanyol dengan keputusan seri, selain menyukarkan perjalanan naib juara Argentina apabila perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.

Aksi cemerlangnya sepanjang Piala Dunia turut mendapat pengiktirafan peminat apabila beliau dipilih menyertai Pasukan Terbaik Piala Dunia FIFA 2026, mengatasi beberapa penjaga gol terkenal dunia seperti Unai Simón dan Emiliano Martínez.

Selepas kejayaan itu, Vozinha kini bersedia kembali memberi tumpuan kepada saingan kelab apabila Colo-Colo mengesahkan persetujuan awal untuk mendapatkan khidmatnya.

Presiden Colo-Colo, Aníbal Mosa, berkata rundingan bersama wakil pemain itu hampir selesai dan hanya beberapa perkara terakhir perlu dimuktamadkan sebelum pengumuman rasmi dibuat.

“Pertama sekali, saya boleh mengesahkan bahawa Vozinha akan menjadi pemain Colo-Colo. Kami telah mencapai persetujuan dan hanya beberapa butiran terakhir bersama wakil beliau yang masih perlu diselesaikan,” katanya.

Kehadiran Vozinha dijangka membawa pengalaman luas kepada skuad Colo-Colo, sekali gus menambah kekuatan pasukan itu dalam menghadapi cabaran domestik dan antarabangsa.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok