• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Glasgow 2026: Emas Muhammad Erry, Dua Final Boling Padang Ceriakan Kontinjen Malaysia
28 July 2026 | 11:14 AM

Glasgow 2026: Emas Muhammad Erry, Dua Final Boling Padang Ceriakan Kontinjen Malaysia

GLASGOW, 27 Julai (Bernama) - Kejayaan atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat menghadiahkan emas ketiga negara serta kemaraan dua wakil boling padang ke final menyerikan kempen kontinjen Malaysia pada hari keempat Sukan Komanwel Glasgow 2026 hari ini.

Muhammad Erry mencuri tumpuan apabila menjuarai kategori 79 kilogram (kg) lelaki dengan jumlah angkatan 331kg, sekali gus meraih emas sulungnya di pentas Sukan Komanwel selepas membawa pulang perak dalam kategori 73kg di Birmingham 2022.

Atlet berusia 26 tahun itu melakukan angkatan 147kg dalam snatch dan 184kg (clean and jerk), dengan catatan clean and jerk serta jumlah keseluruhannya memperbaharu rekod temasya pada aksi di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo.

Kejayaan berkenaan turut menyaksikan Muhammad Erry mengikut jejak bapanya, Hidayat Hamidon, yang pernah memenangi emas angkat berat pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

Emas Muhammad Erry merupakan yang ketiga buat kontinjen negara selepas Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin masing-masing mengungguli kategori 60kg dan 65kg lelaki pada Ahad.

Di SEC, kem boling padang pula menghadiahkan khabar gembira apabila pemain singles lelaki Izzat Shameer Dzulkeple dan pairs wanita Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman masing-masing mengesahkan tempat di final.

Izzat Shameer akan bertemu wakil England Sam Tolchard sementara Aleena-Syafiqa juga akan berdepan wakil England Amy Pharaoh-Sian Honnor dalam final pagi esok.

Sementara itu dalam acara bola keranjang 3x3 lelaki, skuad negara mencipta sejarah mara ke suku akhir pada penampilan sulung mereka di temasya Sukan Komanwel selepas menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua.

Malaysia yang dibarisi Chang Zi Fueng, Chong Zhen Yang, Ting Chun Hong dan Ooi Xian Fu menewaskan Jamaica 21-15 dalam aksi terakhir kumpulan selepas mencatat kemenangan ke atas Fiji, Kenya dan Singapura, selain tewas tipis 19-21 kepada juara bertahan England.

Skuad negara akan bertemu tuan rumah Scotland pada suku akhir esok, dengan pemenang dijadual berdepan Australia di separuh akhir.

Di kolam renang, perenang para Abdul Halim Mohammad menamatkan final 100 meter kuak dada lelaki SB9 di tempat keenam selepas mencatat satu minit 16.41 saat.

Tumpuan esok terarah kepada jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly yang akan turun beraksi dalam acara lompat jauh T20 lelaki, selain dua final melibatkan atlet boling padang yang berupaya memastikan Malaysia mencapai sasaran lima emas seperti ditetapkan sebelum ini.

Malaysia kini mengumpul keseluruhan tiga emas dan dua gangsa untuk menduduki tangga ketujuh carta pungutan pingat Glasgow 2026.

Juara bertahan Australia kekal mendahului dengan 26 emas, 13 perak dan 20 gangsa, diikuti England di tempat kedua (8,13,11) dan Kanada ketiga (7,8,6).

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok