• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo sahkan Piala Dunia 2026 yang terakhir, Euro 2028 masih jadi tanda tanya
07 July 2026 | 03:15 PM

Ronaldo sahkan Piala Dunia 2026 yang terakhir, Euro 2028 masih jadi tanda tanya

DALLAS - Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak terbesar dunia, namun belum membuat keputusan sama ada akan terus mewakili Portugal sehingga Kejohanan Euro 2028.

Pemain berusia 41 tahun itu berkata dia memerlukan masa untuk mempertimbangkan masa depannya bersama skuad kebangsaan selepas Portugal tersingkir pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026.

Portugal menamatkan kempen selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol hasil jaringan lewat Mikel Merino, sekali gus memusnahkan impian Ronaldo untuk melengkapkan koleksi trofi antarabangsa dengan gelaran Piala Dunia.

Walaupun kecewa dengan keputusan itu, kapten Portugal berkenaan berkata dia meninggalkan kejohanan tersebut dengan rasa puas hati kerana telah memberikan segala-galanya untuk pasukan.

"Saya sedih kerana tersingkir daripada Piala Dunia seperti ini. Tetapi saya sudah memberikan segala yang saya mampu. Saya memberikan yang terbaik dan meninggalkan kejohanan ini dengan hati nurani yang bersih.

"Inilah bola sepak, inilah kehidupan seorang pemain. Kadangkala anda menang, kadangkala anda kalah dan anda perlu terus bergerak," katanya.

Bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu turut mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 adalah penampilan terakhirnya di kejohanan berprestij tersebut.

Namun, Ronaldo menjelaskan bahawa dia belum bersedia untuk membuat keputusan mengenai persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.

"Kebenarannya, ini adalah Piala Dunia terakhir saya. Tetapi sekarang saya akan mempunyai masa untuk berfikir, bersama keluarga dan tidak membuat keputusan ketika emosi masih panas. Selepas itu saya akan teruskan kehidupan," katanya.

Ronaldo turut menegaskan bahawa kejayaan bersama Portugal kekal menjadi detik paling bermakna dalam kariernya, khususnya ketika membantu negaranya muncul juara Euro 2016.

Menurutnya, pencapaian tersebut mempunyai nilai yang setanding dengan memenangi Piala Dunia.

Setakat ini, Ronaldo telah memenangi tiga trofi bersama Portugal dan memainkan peranan penting dalam era paling berjaya bola sepak negara itu.

Di peringkat kelab, Ronaldo masih mempunyai kontrak bersama Al Nassr sehingga Jun tahun depan, ketika usianya hampir mencecah 42 tahun.

Selain memegang rekod sebagai penjaring terbanyak dan pemain dengan penampilan paling banyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki, Ronaldo juga kini memburu satu lagi pencapaian bersejarah.

Penyerang itu hanya memerlukan 24 lagi gol untuk mencapai sasaran 1,000 gol sepanjang karier profesionalnya, satu rekod yang berpotensi dicapai pada musim depan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok