• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

David Ledak Hatrik, Kanada Benam Qatar 6-0 dan Rampas Puncak Kumpulan B
19 June 2026 | 12:06 PM

David Ledak Hatrik, Kanada Benam Qatar 6-0 dan Rampas Puncak Kumpulan B

VANCOUVER - Jonathan David muncul wira Kanada apabila menjaringkan hatrik dalam kemenangan besar 6-0 ke atas Qatar pada aksi Kumpulan B Piala Dunia awal pagi tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan kemenangan pertama buat Kanada selaku salah satu tuan rumah kejohanan, malah membolehkan mereka melonjak ke tangga teratas kumpulan mengatasi Switzerland menerusi kelebihan perbezaan jaringan.

Bagaimanapun, kejayaan bergaya itu dicemari kecederaan yang menimpa pemain tengah, Ismael Kone. Beliau terpaksa diusung keluar pada awal babak kedua selepas mengalami kecederaan pada kaki kiri akibat terjahan keras pemain Qatar, Assim Madibo.

Insiden itu menyaksikan Madibo dilayangkan kad merah, sekali gus memaksa Qatar mengharungi baki perlawanan dengan sembilan pemain.

Kanada membuka jaringan menerusi Cyle Larin yang memanfaatkan bola muntah sebelum Jonathan David menggandakan kedudukan menerusi sepakan voli menarik. Penyerang Lille itu kemudian menambah gol kedua peribadinya dari jarak dekat.

Nathan Saliba yang masuk menggantikan Kone turut mencatat nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan sepakan percuma untuk gol keempat Kanada.

Malang terus menimpa Qatar apabila Mohamed Manai tertampan bola ke gawang sendiri, menghadiahkan gol kelima kepada tuan rumah bersama itu sebelum David melengkapkan hatriknya pada masa kecederaan menerusi rembatan kaki kiri.

Qatar sebenarnya sudah kehilangan seorang pemain lebih awal apabila Homam Ahmed diperintah keluar padang pada minit ke-34 selepas mengasari Tajon Buchanan.

Pengadil pada mulanya menghadiahkan sepakan penalti kepada Kanada, namun keputusan itu dibatalkan selepas semakan VAR mendapati kekasaran berlaku di luar kawasan penalti. Walaupun begitu, kad merah terhadap Ahmed tetap dikekalkan.

Keputusan tersebut menyaksikan Kanada mengumpul empat mata daripada dua perlawanan, berkongsi mata dengan Switzerland tetapi mendahului Kumpulan B berdasarkan perbezaan jaringan.

Kanada dijadual menutup kempen peringkat kumpulan dengan menentang Switzerland di Vancouver pada 25 Jun, manakala Qatar akan berdepan Bosnia dan Herzegovina di Seattle.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok