• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Neymar Dijangka Kembali Hanya Pada Peringkat Kalah Mati Piala Dunia 2026
16 June 2026 | 11:55 AM

Neymar Dijangka Kembali Hanya Pada Peringkat Kalah Mati Piala Dunia 2026

NEW JERSEY - Bintang Brazil, Neymar, dijangka hanya dapat kembali beraksi pada peringkat kalah mati Piala Dunia 2026 selepas masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan betis yang dialaminya bulan lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu dilaporkan masih belum menyertai sesi latihan skuad Brazil menjelang perlawanan kedua Kumpulan C menentang Haiti dan sedang menjalani penilaian perubatan lanjut.

Neymar mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Santos FC pada 17 Mei lalu, namun tetap dipanggil menyertai skuad kebangsaan untuk kempen Piala Dunia.

Menurut laporan media tempatan, penyerang berpengalaman itu masih menjalani proses pemulihan daripada kecederaan otot tahap dua dan telah mengulangi ujian perubatan yang dilakukan minggu lalu. Setakat ini, keputusan rasmi mengenai tahap kecergasannya masih belum diumumkan oleh Persekutuan Bolasepak Brazil.

Kakitangan perubatan Brazil dilaporkan optimis Neymar mampu kembali cergas menjelang pusingan kalah mati, tetapi dia hampir pasti terlepas baki aksi peringkat kumpulan menentang Haiti dan Scotland.

Brazil memulakan kempen mereka dengan keputusan seri 1-1 menentang Maghribi pada Ahad lalu. Juara dunia lima kali itu akan berdepan Haiti pada Sabtu sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang Scotland pada 24 Jun.

Neymar berada di bangku simpanan ketika aksi pembukaan Brazil, namun tidak memakai kit rasmi pasukan kerana masih dalam proses pemulihan.

Jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, berkata pasukan itu terus memberi sokongan penuh kepada Neymar untuk kembali pulih secepat mungkin.

"Neymar sedang bekerja keras untuk pulih secepat mungkin. Kami menjangkakan dia akan kembali bersama pasukan minggu depan," katanya.

Ancelotti turut menegaskan pemilihan Neymar ke dalam skuad bukan sahaja berdasarkan kemampuan teknikalnya, malah pengalaman luas yang dimilikinya.

"Kualiti teknikalnya tidak perlu dipersoalkan. Selain itu, dia juga menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada pemain-pemain muda dalam pasukan," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok