• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Dikritik Selepas Portugal Seri Dengan DR Congo di Piala Dunia 2026
18 June 2026 | 10:33 AM

Ronaldo Dikritik Selepas Portugal Seri Dengan DR Congo di Piala Dunia 2026

HOUSTON – Prestasi kurang menyerlah kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, dalam keputusan seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo (DR Congo) pada aksi Kumpulan K Piala Dunia 2026 mengundang perdebatan mengenai peranannya dalam skuad kebangsaan.

Penyerang berusia 41 tahun itu gagal memanfaatkan dua peluang terbaik Portugal pada babak kedua apabila kedua-dua percubaannya dari jarak dekat tersasar, sekali gus menyebabkan pasukannya terlepas peluang meraih tiga mata penuh.

Keputusan itu menyaksikan Portugal sekadar berkongsi mata dengan DR Congo yang membuat penampilan sulung di pentas Piala Dunia selepas kali terakhir beraksi 52 tahun lalu.

Kegagalan Ronaldo menyempurnakan peluang berkenaan turut mencetuskan reaksi kecewa dalam kalangan rakan sepasukan, termasuk Bruno Fernandes yang dilihat berada pada kedudukan lebih baik ketika salah satu peluang tersebut tercipta.

Statistik perlawanan turut memperlihatkan pengaruh Ronaldo yang terhad apabila beliau hanya merekodkan 25 sentuhan bola sepanjang aksi, jumlah paling rendah dalam kalangan pemain Portugal yang beraksi melebihi 45 minit.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Portugal, Roberto Martinez, mempertahankan pemain bintangnya itu dan menegaskan kegagalan pasukan bukan berpunca daripada Ronaldo semata-mata.

Menurut Martinez, Portugal perlu meningkatkan usaha untuk membekalkan bola kepada penyerang utama mereka, khususnya di kawasan berbahaya berhampiran gawang lawan.

Beliau turut menolak cadangan supaya Ronaldo dikeluarkan ketika pasukan sedang mencari gol kemenangan.

“Tidak masuk akal untuk mengeluarkan penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa ketika pasukan memerlukan jaringan.

“Pengalaman Cristiano di dalam kotak penalti sangat penting. Kehadirannya juga mampu menarik perhatian pertahanan lawan dan membuka ruang kepada pemain lain,” katanya.

Perdebatan mengenai peranan Ronaldo dalam skuad Portugal bukan perkara baharu. Walaupun usianya semakin meningkat, legenda bola sepak itu masih memiliki rekod mengagumkan dengan 143 gol dalam 229 penampilan antarabangsa.

Namun selepas aksi hambar menentang DR Congo, persoalan sama ada Ronaldo masih wajar menjadi tonggak utama Portugal menjelang baki saingan Piala Dunia 2026 kembali menjadi topik hangat dalam kalangan pemerhati dan penyokong bola sepak.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok