• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Messi Hampir Pulih, Argentina Terima Berita Baik Menjelang Aksi Pembukaan Piala Dunia
09 June 2026 | 11:44 AM

Messi Hampir Pulih, Argentina Terima Berita Baik Menjelang Aksi Pembukaan Piala Dunia

KANSAS CITY, Amerika Syarikat – Juara bertahan Argentina menerima khabar gembira menjelang aksi pembukaan Piala Dunia apabila beberapa tonggak utama mereka semakin hampir pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Kapten pasukan, Lionel Messi, kini berada dalam fasa akhir pemulihan selepas mengalami keletihan otot hamstring kiri yang memaksanya meninggalkan padang lebih awal ketika aksi terakhir bersama Inter Miami pada 25 Mei lalu.

Pemain berusia 38 tahun itu dijangka diberikan minit permainan dalam perlawanan pemanas badan terakhir Argentina menentang Iceland di Auburn, Alabama, awal pagi esok sebagai persediaan menghadapi kejohanan.

Walaupun masih belum pasti sama ada Messi akan diturunkan dalam aksi tersebut, bintang sensasi itu dijangka mencipta sejarah apabila menjadi antara dua pemain pertama yang beraksi dalam enam edisi Piala Dunia, bersama kapten Portugal, Cristiano Ronaldo.

Dalam perkembangan sama, tahap kecergasan skuad Argentina terus menunjukkan peningkatan apabila pemain tengah muda, Nico Paz, serta dua pertahanan kanan, Nahuel Molina dan Gonzalo Montiel, kembali menyertai sesi latihan penuh pasukan di Kansas City.

Paz, 21, yang berpotensi membuat penampilan sulung di Piala Dunia, tidak beraksi sejak mengalami kecederaan lutut kiri ketika bersama kelab Serie A Itali, Como, pada 10 Mei lalu.

Sementara itu, Molina dan Montiel membawa pengalaman besar di posisi pertahanan kanan dengan gabungan 96 penampilan antarabangsa. Kedua-dua pemain turut memainkan peranan dalam kejayaan Argentina menjulang trofi Piala Dunia 2022.

Molina juga pernah mencetak gol antarabangsa tunggalnya ketika kempen yang menyaksikan Argentina meraih gelaran dunia ketiga dalam sejarah negara itu.

Bagaimanapun, penjaga gol utama Emiliano Martinez dan pemain tengah Leandro Paredes masih menjalani latihan secara berasingan. Martinez sebelum ini memberi jaminan bahawa beliau akan bersedia untuk diturunkan, manakala laporan media tempatan menyebut kecederaan Paredes tidak dijangka menjejaskan penyertaannya.

Argentina akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan dengan menentang Algeria pada 16 Jun di Kansas City dalam aksi Kumpulan J. Mereka kemudian dijadual berdepan Austria pada 22 Jun sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang Jordan pada 27 Jun.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok