• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Iran Ancam Hentikan Perlawanan Piala Dunia Jika Dicetus Provokasi Politik
11 June 2026 | 10:57 AM

Iran Ancam Hentikan Perlawanan Piala Dunia Jika Dicetus Provokasi Politik

TEHRAN, 11 Jun - Iran memberi amaran bahawa mereka mungkin menghentikan perlawanan Piala Dunia 2026 sekiranya terdapat bendera tidak rasmi atau laungan yang dianggap menyasarkan skuad kebangsaan negara itu ketika aksi berlangsung.

Menteri Sukan Iran, Ahmad Donyamali, berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjelang kempen Piala Dunia yang akan bermula minggu ini.

Menurut beliau, pengurus pasukan Iran akan diarahkan menghentikan perlawanan jika terdapat unsur provokasi politik atau tindakan yang disifatkan menentang pasukan kebangsaan di dalam stadium.

“Kami telah memaklumkan kepada FIFA bahawa jika terdapat bendera tidak rasmi atau slogan yang menyasarkan pasukan kebangsaan Iran ketika perlawanan berlangsung, pengurus pasukan akan bertanggungjawab menghentikan permainan,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Iran akan memulakan saingan Kumpulan G menentang New Zealand di Los Angeles pada 16 Jun sebelum bertemu Belgium pada 22 Jun dan Mesir di Seattle pada 27 Jun.

Donyamali turut memaklumkan bahawa pihaknya menerima jaminan berhubung aspek keselamatan, khususnya menjelang perlawanan menentang Mesir.

Kenyataan itu dibuat susulan kritikan berterusan terhadap penyertaan Iran dalam kejohanan berkenaan. Pada April lalu, sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di luar Kongres FIFA di Vancouver bagi menggesa Iran disingkirkan daripada Piala Dunia dengan mendakwa pasukan tersebut mewakili kepentingan kerajaan, bukannya rakyat Iran.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bolasepak Iran turut menyuarakan kebimbangan mengenai isu pengagihan tiket selepas mendakwa kuota penyokong negara itu dikurangkan hanya beberapa hari sebelum kejohanan bermula.

Situasi tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong yang telah merancang perjalanan ke Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada untuk menyaksikan aksi pasukan mereka secara langsung.

Walaupun berdepan beberapa cabaran logistik, skuad Iran yang kini menjalani latihan di Tijuana, Mexico, dilaporkan dibenarkan memasuki Amerika Syarikat sehari sebelum setiap perlawanan.

Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada dijangka menjadi antara kejohanan paling mencabar dari segi pengurusan dan keselamatan, terutama dengan latar belakang ketegangan geopolitik yang turut membayangi temasya tersebut.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok