• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Portugal Tewaskan Nigeria 2-1 Dalam Aksi Pemanas Badan Piala Dunia
11 June 2026 | 10:47 AM

Portugal Tewaskan Nigeria 2-1 Dalam Aksi Pemanas Badan Piala Dunia

LEIRIA, Portugal - Portugal mencatat kemenangan 2-1 ke atas Nigeria dalam perlawanan pemanas badan menjelang Piala Dunia, namun penyerang veteran Cristiano Ronaldo gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik yang dimilikinya.

Pasukan tuan rumah mendahului pada pertengahan babak pertama menerusi jaringan pemain Chelsea, Pedro Neto. Nigeria bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat hasil penyudah Akor Adams.

Portugal kembali menguasai permainan pada separuh masa kedua dan berjaya meraih gol kemenangan menerusi pemain sayap Juventus, Francisco Conceicao, kira-kira 15 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan itu turut menyaksikan Ronaldo, 41, bergelut untuk menemui sentuhan penyudah meskipun memperoleh beberapa peluang baik. Bintang Portugal itu dijangka mencipta sejarah apabila bakal beraksi dalam Piala Dunia keenamnya, satu rekod yang belum pernah dicapai pemain lain.

Namun, kehadirannya dalam skuad masih menjadi perdebatan sesetengah pihak yang berpendapat peranan Ronaldo mungkin memberi kesan terhadap keseimbangan pasukan kendalian Roberto Martinez.

Martinez menurunkan skuad yang hampir lengkap selepas ketibaan empat pemain yang baru membantu Paris Saint-Germain menjulang trofi Liga Juara-Juara. Bahagian tengah Portugal turut diperkuatkan dengan gandingan Vitinha, Joao Neves dan Bruno Fernandes.

Portugal dijadual berlepas ke Palm Beach, Florida esok bagi meneruskan persiapan terakhir menghadapi kejohanan itu.

Juara Eropah 2016 itu akan memulakan kempen Piala Dunia pada 17 Jun di Houston menentang Republik Demokratik Congo sebelum berdepan Uzbekistan dan Colombia dalam saingan Kumpulan K.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok