• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hull City Tempah Tiket Final Playoff, Kini Selangkah ke EPL
12 May 2026 | 10:36 AM

Hull City Tempah Tiket Final Playoff, Kini Selangkah ke EPL

LONDON - Hull City semakin hampir kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Millwall 2-0 pada aksi separuh akhir kedua playoff Liga Kejuaraan di Stadium The Den, awal pagi tadi.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi pertama minggu lalu, Mohamed Belloumi muncul watak utama kemenangan Hull menerusi gol pembukaan pada minit ke-64.

Pemain sayap itu mencuri tumpuan dengan rembatan lencong menarik ke penjuru jauh gawang untuk memecahkan kebuntuan dan membisukan penyokong tuan rumah.

Millwall yang menamatkan musim di tangga ketiga liga gagal bangkit meskipun hanya terlepas slot promosi automatik dengan perbezaan satu mata.

Belloumi terus menjadi duri buat pertahanan lawan apabila mencipta bantuan gol kedua pada minit ke-79 untuk Joe Gelhardt, yang baru seminit dimasukkan sebagai pemain gantian.

Penyerang pinjaman dari Leeds United itu berjaya menyempurnakan peluang meskipun penjaga gol Anthony Patterson sempat menyentuh bola sebelum ia melepasi garisan.

Kemenangan itu menyaksikan Hull menjadi pasukan pertama yang menamatkan musim di tangga keenam dan mara ke final playoff Liga Kejuaraan sejak Derby County pada musim 2018/19.

Millwall pula terus menunggu peluang untuk kembali ke divisyen utama England buat kali pertama sejak 1990.

Hull kali terakhir beraksi dalam EPL pada musim 2016 sebelum tersingkir setahun kemudian.

Final playoff yang sering dianggap sebagai “perlawanan paling mahal dalam bola sepak” dijadual berlangsung di Wembley pada 23 Mei ini.

Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Southampton dan Middlesbrough masih buntu selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok