• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Khabar Angin Evanescence Kembali Gegarkan KL, Peminat Makin Tak Sabar
25 April 2026 | 02:59 PM

Khabar Angin Evanescence Kembali Gegarkan KL, Peminat Makin Tak Sabar

Evanescence kembali menjadi bualan hangat apabila timbul spekulasi kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat itu bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur 14 tahun selepas penampilan terakhir mereka di Malaysia.

Perhatian peminat mula tercetus apabila sebuah papan iklan dengan huruf “E”, yang menyerupai logo rasmi band tersebut, muncul di kawasan tumpuan pelancong di Jalan Bukit Bintang. Kehadiran billboard itu pantas mencetuskan teori bahawa satu pengumuman besar mungkin bakal dibuat.

Di media sosial, keterujaan peminat jelas terasa. Ramai yang berkongsi harapan untuk menyaksikan semula persembahan kumpulan yang popular dengan lagu ikonik seperti Bring Me to Life.

Antara komen yang tular termasuk peminat yang pernah menyaksikan konsert mereka pada 2012 dan berazam untuk hadir sekali lagi jika khabar angin ini menjadi kenyataan. Tidak kurang juga yang bergurau tentang “poket koyak” susulan lambakan konsert antarabangsa di Malaysia tahun ini.

Namun begitu, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada penganjur mengenai konsert tersebut.

Band yang diterajui oleh vokalis Amy Lee bersama Tim McCord, Will Hunt, Troy McLawhorn dan Emma Anzai kini sedang menjayakan siri jelajah Evanescence World Tour yang diumumkan pada hujung tahun lalu.

Untuk rekod, Evanescence pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 2012 di KL Live yang menarik lebih 3,000 penonton.

Kumpulan ini mula mencipta fenomena global menerusi album debut Fallen pada 2003, yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Going Under dan My Immortal yang kekal menjadi siulan peminat hingga ke hari ini.

Sumber: Kosmo Online! 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok