• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

KWSP Umum Kadar Dividen 2025 Sabtu Ini
25 February 2026 | 11:02 AM

KWSP Umum Kadar Dividen 2025 Sabtu Ini

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijadual mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2025 pada Sabtu ini, 28 Februari 2025.

Dana persaraan terbesar negara itu telah menghantar jemputan kepada pengamal media untuk menghadiri sesi taklimat khas berhubung pengumuman dividen berkenaan, yang akan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Beberapa penganalisis ekonomi menjangkakan kadar dividen KWSP tahun ini kekal kukuh, dianggarkan sekitar enam peratus.

Menurut Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, dividen bagi Simpanan Konvensional diunjurkan antara 5.8 hingga 6.3 peratus, manakala Simpanan Syariah pula sekitar 5.5 hingga enam peratus.

Beliau berkata unjuran tersebut disokong oleh prestasi pelaburan yang memberangsangkan sepanjang tahun.

“Berdasarkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, KWSP berada pada landasan terbaik untuk meneruskan pencapaian cemerlang tahun lalu.

“Sebagai perbandingan, pendapatan pelaburan bagi tempoh sama tahun sebelumnya adalah RM57.57 bilion, menunjukkan peningkatan 11 peratus hasil prestasi suku ketiga yang kukuh,” katanya.

Bagi tahun 2024, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.3 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah kadar tertinggi yang dicatatkan sejak 2017.

Sehingga 30 September 2025, jumlah aset pelaburan KWSP mencecah RM1.37 trilion, meningkat 12 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara dana persaraan terbesar di rantau ini.

Pengumuman rasmi Sabtu ini akan menjadi tumpuan jutaan pencarum yang menantikan kadar pulangan bagi simpanan persaraan mereka.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok