• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Carrick Disambut Sorakan Ribuan Penyokong, United Kembali Dalam Kelompok Tiga Teratas EPL
02 March 2026 | 11:03 AM

Carrick Disambut Sorakan Ribuan Penyokong, United Kembali Dalam Kelompok Tiga Teratas EPL

MANCHESTER – Pengurus sementara Michael Carrick tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila ribuan penyokong melaungkan namanya di Old Trafford selepas kemenangan dramatik Manchester United ke atas Crystal Palace, awal pagi tadi.

United bangkit menewaskan Palace 2-1 sekali gus mengesahkan kebangkitan luar biasa mereka apabila kembali ke kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak Mei 2023.

Bagi Carrick, yang pernah beraksi lebih sedekad bersama United dari 2006 hingga 2018, sorakan penyokong itu cukup emosional.

“Ya, sudah tentu ia sesuatu yang menggembirakan. Tempat ini amat bermakna buat saya,” katanya.

“Melihat suasana positif, penyokong menikmati perlawanan dan saya dapat memainkan peranan dalam semua itu… saya tidak akan menafikan, ia memang rasa sangat baik.”

Sejak mengambil alih pasukan susulan pemecatan Ruben Amorim pada 5 Januari lalu, Carrick membawa perubahan ketara. Dalam tujuh aksi liga di bawah kendaliannya, United mencatat enam kemenangan dan satu keputusan seri, rekod yang mengubah sepenuhnya haluan musim mereka.

Namun, pengendali berusia 44 tahun itu enggan mengambil kredit penuh.

“Pemain wajar menerima pujian atas apa yang mereka lakukan di atas padang. Ia bukan semata-mata kerana saya,” jelasnya.

“Hubungan dengan penyokong amat besar maknanya. Mereka kekal bersama kami walaupun bermula agak perlahan.”

Penyerang muda Slovenia, Benjamin Sesko sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan kemas hasil sepakan percuma tepat Bruno Fernandes.

Fernandes sebelum itu menyempurnakan sepakan penalti untuk gol penyamaan United.

Gol tersebut menyaksikan Sesko kini meledak tujuh gol dalam lapan perlawanan terakhir semua pertandingan, termasuk tiga gol dalam tiga aksi berturut-turut satu prestasi yang seiring dengan kebangkitan United di bawah Carrick.

“Saya sangat gembira untuk Ben. Dia memberi impak besar dan terus menunjukkan peningkatan,” kata Carrick.

“Sebahagiannya adalah proses menyesuaikan diri dengan suasana di sini, memahami makna bermain untuk kelab ini.”

Menurut Carrick, etika kerja penyerang berusia 22 tahun itu menjadi faktor utama peningkatan prestasinya.

“Dia benar-benar mahu berjaya, bekerja keras dan sentiasa berfikir tentang permainannya. Dia ancaman sebenar kepada lawan.”

Walaupun teruja dengan perkembangan pemain muda itu, Carrick tetap berpijak di bumi nyata.

“Dia masih muda dan perjalanan masih panjang. Tetapi ketika ini, dia berada di landasan yang sangat baik. Saya teruja melihat sejauh mana dia boleh pergi.”

Dengan momentum kini memihak kepada mereka, United dilihat kembali menjadi pencabar serius musim ini — dan buat Carrick, sokongan padu penyokong di Old Trafford mungkin menjadi pemangkin terbesar dalam usaha mengembalikan kegemilangan kelab itu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok