• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Diberi Amaran Liga Pro Saudi, Tiada Individu Lebih Besar Daripada Kelab
06 February 2026 | 12:20 PM

Ronaldo Diberi Amaran Liga Pro Saudi, Tiada Individu Lebih Besar Daripada Kelab

Riyadh - Liga Pro Saudi memberi amaran tegas kepada Cristiano Ronaldo, menegaskan bahawa tiada individu walaupun sebesar nama superstar itu, lebih besar daripada liga itu sendiri.

Penyerang berusia 41 tahun itu dijangka terlepas perlawanan kedua berturut-turut bersama Al Nassr malam ini, selepas laporan mendakwa dia tidak berpuas hati dengan tahap sokongan kelabnya daripada kerajaan Arab Saudi berbanding pesaing utama lain.

Ronaldo, yang dilaporkan menerima gaji £488,000 (RM2.6 juta) sehari, tidak diturunkan dalam kemenangan Al Nassr pada Isnin lalu dan mungkin direhatkan menjelang pertemuan dengan juara musim lalu, Al Ittihad.

Menurut sumber, Ronaldo kecewa melihat seteru utama Al Nassr, Al Hilal, berjaya membawa masuk Karim Benzema dari Al Ittihad, sementara Al Nassr hanya menambah seorang pemain tengah muda pada jendela perpindahan Januari. Benzema terus mencuri tumpuan dengan hatrik dalam penampilan sulungnya untuk Al Hilal dalam kemenangan 6-0 ke atas Al Akhdoud.

Ronaldo juga dilaporkan merasakan Al Nassr belum menerima tahap sokongan yang sama seperti Al Hilal dan dua kelab lain yang dibiayai oleh dana kekayaan negara, selain kelabnya masih belum menjuarai liga musim ini.

Namun, jurucakap Liga Pro Saudi menolak dakwaan tersebut, menegaskan bahawa semua kelab beroperasi secara bebas di bawah kerangka yang sama.

"Liga Pro Saudi beroperasi atas prinsip mudah: setiap kelab bebas di bawah peraturan yang sama. Keputusan mengenai perekrutan, perbelanjaan, dan strategi adalah hak kelab masing-masing dalam kerangka kewangan yang memastikan keseimbangan persaingan. Tiada individu walaupun signifikan menentukan keputusan liga," kata jurucakap itu.

Jurucakap sama menambah, aktiviti perpindahan terbaru menunjukkan kebebasan kelab dalam membuat keputusan masing-masing, dengan persaingan liga kekal sengit.

Seorang pegawai kanan Arab Saudi juga menegaskan bahawa sokongan terhadap Ronaldo masih kukuh, dan peminat berharap dapat melihatnya kembali beraksi secepat mungkin.

Walaupun begitu, masa depan Ronaldo di Arab Saudi kini menjadi persoalan. Penyerang Portugal itu masih mempunyai baki kontrak 18 bulan, termasuk klausa pelepasan £43 juta (RM232.9 juta), namun belum jelas sama ada terdapat kelab yang sanggup membayar jumlah itu untuk pemain berusia 41 tahun.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok