• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Diana Danielle Harap Farid Kamil Terus ‘Co-Parenting’ Dengan Baik Walaupun Isu Dadah
05 February 2026 | 04:52 PM

Diana Danielle Harap Farid Kamil Terus ‘Co-Parenting’ Dengan Baik Walaupun Isu Dadah

KUALA LUMPUR – Pelakon Diana Danielle menzahirkan harapan agar bekas suaminya, Farid Kamil, dapat terus menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik, susulan dakwaan penyalahgunaan dadah yang kini hangat diperkatakan.

Diana, 35, berkata beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai isu tersebut dan memilih untuk fokus memastikan proses penjagaan anak-anak mereka berjalan lancar.

“Sebenarnya wartawan ada bertanya beberapa hari lepas, tapi sejujurnya saya tak tahu apa-apa. Apa yang saya boleh cakap, saya doakan yang terbaik. Semoga kita semua, saya dan dia, dapat ‘co-parenting’ dengan baik. Itu target saya — saya mahu hubungan baik ini berterusan demi anak-anak,” katanya kepada Kosmo Online pada majlis pelancaran produk Numinara di Kuala Lumpur, hari ini.

Pelakon filem Imaginur itu turut menegaskan bahawa Farid sentiasa hadir untuk anak sulung mereka, Muhammad, yang mengalami lumpuh pada bahagian wajah.

“Sudah semestinya dia datang melawat Muhammad. Dia dan anak-anak sangat rapat. Setiap hujung minggu atau hari biasa, mereka akan berjumpa. Anak-anak tidak boleh hidup tanpa bapa, dan saya mahu hubungan baik ini berterusan,” jelasnya.

Diana menekankan bahawa kehadiran bapa adalah penting bagi perkembangan anak-anak, walaupun hubungan mereka kini bukan sebagai pasangan suami isteri.

“Bila kita sama-sama dapat membesarkan anak dengan baik, hasilnya akan baik untuk anak-anak. Saya akan sentiasa menyokong perjalanan ini. Bagi saya, membesar bersama bapa adalah sangat penting,” tambahnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan dadah, dan nama Farid Kamil turut dipetik ramai netizen di media sosial.

Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac 2025. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua anak, Muhammad, 13, dan Nur Aurora, 11.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok