• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Tidak Diturunkan, Didakwa Kecewa Dengan Jendela Perpindahan Al-Nassr
03 February 2026 | 11:55 AM

Ronaldo Tidak Diturunkan, Didakwa Kecewa Dengan Jendela Perpindahan Al-Nassr

RIYADH - Cristiano Ronaldo tidak diturunkan dalam kemenangan 1-0 Al-Nassr ke atas Al-Riyadh, dengan laporan media menyatakan ketidakhadirannya berpunca daripada kekecewaan terhadap jendela perpindahan kelab yang sepi.

Penyerang sensasi Portugal itu dilaporkan menarik diri daripada skuad kendalian Jorge Jesus selepas Al-Nassr gagal membuat tambahan pemain utama sebelum jendela perpindahan ditutup. Al-Nassr, yang kini menghuni tangga kedua Liga Pro Saudi, mencatat kemenangan liga kelima berturut-turut bagi merapatkan jurang kepada satu mata di belakang pendahulu liga, Al-Hilal.

Menurut ESPN, Ronaldo tidak mengalami kecederaan, tidak sakit dan tidak digugurkan oleh jurulatih. Beliau juga tidak bercadang meninggalkan Al-Nassr selepas menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun pada Jun 2025.

CBS Sports melaporkan bahawa pegawai kanan kelab memahami rasa tidak puas hati Ronaldo terhadap Dana Pelaburan Awam (PIF), dana kekayaan berdaulat Arab Saudi yang memiliki Al-Nassr, Al-Hilal dan dua lagi kelab Liga Pro.

Al-Hilal dilaporkan hampir melengkapkan perpindahan penyerang legenda, Karim Benzema, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid.

Ronaldo, yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 pada Khamis ini, telah menjaringkan 91 gol dalam 95 perlawanan liga bersama Al-Nassr sejak tiba di Riyadh pada 2023. Beliau kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman bola sepak dunia dengan 961 gol bersama kelab dan negara.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok