• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Planet Baharu Saiz Bumi Dikesan Berhampiran Zon Boleh Dihuni
30 January 2026 | 11:32 AM

Planet Baharu Saiz Bumi Dikesan Berhampiran Zon Boleh Dihuni

ISTANBUL, 29 Jan (Bernama-Anadolu) - Ahli astronomi mengenal pasti sebuah planet baharu bersaiz Bumi yang mengorbit bintang seakan Matahari kira-kira 146 tahun cahaya dari Bumi, sekali gus mencetuskan minat baharu terhadap dunia berhampiran yang berpotensi menyokong kehidupan, menurut satu kajian terkini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Planet itu, dikenali sebagai HD 137010 b, dikesan menggunakan data daripada misi K2 teleskop angkasa Kepler milik NASA yang dikumpulkan pada 2017 dan dianalisis oleh pasukan antarabangsa diketuai penyelidik Universiti Southern Queensland (USQ) Alexander Venner.

Penemuan itu diterbitkan pada Selasa dalam jurnal The Astrophysical Journal Letters.

Menurut kajian berkenaan, planet itu dianggarkan kira-kira enam peratus lebih besar daripada Bumi dan mempunyai tempoh orbit sekitar 355 hari.

Penyelidik berkata planet itu mempunyai “kira-kira 50 peratus kemungkinan berada dalam zon boleh dihuni” bintangnya, walaupun suhu permukaannya mungkin lebih hampir kepada Marikh dan berpotensi serendah –94 darjah Fahrenheit (–70 darjah Celsius).

“Apa yang sangat menarik tentang planet bersaiz Bumi ini ialah bintangnya hanya kira-kira 150 tahun cahaya dari sistem suria kita,” kata penulis bersama, Chelsea Huang dari USQ sambil menjelaskan yang jaraknya yang relatif dekat menjadikannya sasaran menjanjikan untuk teleskop masa hadapan.

“Planet terbaik seterusnya di sekeliling bintang seperti matahari, dalam zon boleh didiami, iaitu Kepler-186f adalah kira-kira empat kali lebih jauh dan 20 kali lebih malap, katanya.

Isyarat samar yang mendedahkan kewujudan planet itu mula dikenal pasti oleh saintis termasuk penulis utama Venner, yang berkata: “Saya menyumbang kepada projek sains warga ini yang dipanggil Planet Hunters ketika saya masih di sekolah menengah dan ia berperanan besar bagaimana saya menceburi bidang penyelidikan.”

“Misi angkasa masa hadapan yang direka untuk merakam imej secara langsung planet seakan Bumi, seperti NASA Habitable Worlds Observatory, juga berpotensi merakam imej HD 137010 b,” katanya.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok