Instagram kini memperluaskan kemampuan Reels dengan membolehkan pengguna memuat naik video berdurasi sehingga 20 minit.
Langkah ini membuka ruang kepada pencipta kandungan untuk berkongsi video yang lebih panjang tanpa perlu memecahkannya kepada beberapa bahagian.
Penambahan had masa ini dijangka meningkatkan masa tontonan pada platform tersebut, memandangkan pengguna boleh kekal menonton kandungan yang lebih panjang secara berterusan.
Namun begitu, Instagram menjelaskan bahawa buat masa ini, video yang melebihi 3 minit tidak akan dipromosikan kepada penonton baharu melalui algoritma cadangan. Sebaliknya, kandungan tersebut hanya akan dipaparkan kepada pengikut sedia ada sesuatu akaun sahaja.
Sumber: Amanz
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back