LONDON – Liverpool terus menunjukkan taring dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat empat kemenangan bersih dalam aksi pembukaan musim ini, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan mempertahankan kejuaraan.
Menurut ramalan super komputer Aceodds, skuad kendalian Jurgen Klopp itu dijangka menutup musim dengan 82 mata. Arsenal, yang berbelanja besar pada jendela perpindahan untuk memperbaiki nasib selepas tiga musim bergelar naib juara, diramal sekali lagi berpuas hati di tangga kedua dengan empat mata kurang daripada Liverpool.
Di belakang mereka, Manchester City dijangka menamatkan saingan di tempat ketiga meskipun berjaya menewaskan Manchester United dalam aksi derbi terbaharu. City masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah prestasi musim lalu.
United pula diramalkan kekal dalam kelompok 10 terbaik, sesuatu yang dianggap lebih positif selepas prestasi hambar mereka. Pasukan kendalian Amorim, yang musim lalu berakhir di kedudukan ke-15, diramal melonjak ke tangga kelapan dengan 57 mata hasil 16 kemenangan.
Dalam kalangan pasukan pendatang baharu EPL, hanya Leeds United dijangka mampu bertahan untuk musim depan. Sunderland dan Burnley pula bakal kembali ke Liga Kejuaraan selepas menghuni dasar liga. Wolves turut diramal tersingkir selepas sekadar mengutip 36 mata sepanjang musim.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini