• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kuching City FC Mara Ke Suku Akhir Piala FA Dengan Kemenangan Bergaya 7-1
15 September 2025 | 04:15 PM

Kuching City FC Mara Ke Suku Akhir Piala FA Dengan Kemenangan Bergaya 7-1

KUCHING, 15 Sept – Kuching City FC melakar sejarah apabila mara ke suku akhir Piala FA buat kali pertama selepas membenam Brunei DPMM FC 7-1 pada aksi Pusingan 16 di Stadium Negeri, malam tadi.

Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak tampil dengan semangat luar biasa berbanding aksi pertama di Bandar Seri Begawan bulan lalu, sekali gus menebus kekalahan 2-3 kepada lawan yang sama.

“Alhamdulillah, tahniah kepada semua pemain atas prestasi cemerlang. Malam ini kami menunjukkan lebih banyak keinginan untuk menang, dibantu motivasi tinggi serta sokongan padu penyokong tuan rumah,” kata Aidil selepas perlawanan.

Ronald Ngah Wanja menjadi wira perlawanan dengan hatrik, membuka tirai jaringan seawal minit pertama sebelum menambah dua lagi gol.

DPMM FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jordan Rodrigues dilayangkan kad merah, namun Kuching City tidak mengendurkan serangan.

“Kami sudah mendahului 2-0 ketika masih 11 lawan 11. Selepas itu, pemain kekal konsisten menekan lawan sehingga wisel penamat. Saya kagum dengan sikap mereka yang tidak cepat berpuas hati,” tambah Aidil.

Kemenangan bergaya itu mengesahkan slot Kuching City FC di suku akhir Piala FA 2025, menandakan pencapaian bersejarah buat skuad The Cats.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok