PETALING JAYA – Walaupun masih berdepan konflik keluarga, pelakon Anna Jobling tetap menyampaikan ucapan penuh penghargaan buat ibunya, Ariz Arop, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25.
Menerusi hantaran di InstaStory, Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling menzahirkan rasa terima kasih atas pengorbanan ibunya membesarkan dan membentuk kehidupannya.
“Terima kasih mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulisnya.
Bintang drama Setia Itu Mahal itu turut berterima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir, sambil menyifatkan setiap mesej yang diterima amat bermakna.
“Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna. Saya berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu ini,” katanya.
Konflik antara Anna dan ibunya masih berlarutan selepas Ariz mendedahkan menerima perintah injunksi daripada anaknya pada Disember tahun lalu.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini