• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Cristiano Hadiahkan Georgina Barangan Mewah Bernilai Lebih RM1.5 Juta Sempena Pertunangan
15 August 2025 | 12:17 PM

Cristiano Hadiahkan Georgina Barangan Mewah Bernilai Lebih RM1.5 Juta Sempena Pertunangan

LONDON – Cristiano Ronaldo meraikan pertunangannya dengan Georgina Rodriguez dengan menghadiahkan barangan mewah bernilai lebih £270,000 (RM1.5 juta).

Bintang Al-Nassr dan kapten Portugal itu melamar kekasihnya selepas sembilan tahun bersama, memberikan cincin berlian bernilai £3.7 juta (RM21 juta) sebagai tanda cinta.

Tidak berhenti di situ, Ronaldo, 40, turut menghadiahkan:

- Porsche Taycan elektrik putih – £78,250 (RM446,000)

- Jam tangan Audemars Piguet – £53,000 (RM302,100)

- Jam tangan Patek Philippe – £42,000 (RM239,000)

- Beg tangan Christian Dior & Louis Vuitton – hampir £7,000 (RM39,900)

- Gaun & pakaian mewah – £18,700 (RM106,590)

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu SunSport bahawa Ronaldo mahu momen ini menjadi “sangat istimewa” dan meluangkan masa memilih setiap hadiah, termasuk jam tangan mewah dan beg berjenama kegemaran Georgina.

Pasangan ini dijangka mengadakan majlis perkahwinan besar pada 2026, selepas Piala Dunia.

Rodriguez mengumumkan pertunangan itu di Instagram awal minggu ini dengan mempamerkan cincin berlian yang memukau.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok