• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jojo Ghazali Tewas Tipis dalam Aksi Sengit di ONE Fight Night 32
07 June 2025 | 01:39 PM

Jojo Ghazali Tewas Tipis dalam Aksi Sengit di ONE Fight Night 32

Impian jaguh Muay Thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar untuk kembali meraih kemenangan tidak kesampaian apabila tewas tipis menerusi keputusan split decision kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok hari ini.

Kekalahan ini merupakan kali kedua berturut-turut buat Jojo di pentas ONE Championship, selepas tunduk kepada petarung Mexico, Johan Estupinan pada Disember lalu. Dalam pertarungan kategori flyweight ini, Jojo, 18 tahun, berdepan lawan yang jauh lebih berpengalaman, iaitu Paez yang berusia 31 tahun. Menariknya, sebelum pertarungan, Paez turut mencetuskan kontroversi apabila gagal dalam ujian hidrasi.

Pertarungan dimulakan dengan tempo seimbang, di mana kedua-dua petarung saling berbalas serangan dalam usaha menguji kekuatan masing-masing. Namun, pada pusingan kedua, Jojo dilihat lebih agresif apabila berjaya melepaskan beberapa kombinasi tumbukan dan tendangan yang menguji kekebalan pertahanan Paez.

Drama memuncak di pusingan ketiga apabila Jojo mengalami kecederaan mata, memaksa pengadil menghentikan perlawanan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, sebaik aksi bersambung, Jojo kembali bangkit dan berjaya melepaskan satu tumbukan padu ke arah muka lawannya.

Namun, segala usaha keras Jojo tidak memadai untuk memikat hati juri apabila keputusan berpihak kepada Paez. Kekalahan ini sekaligus memadamkan hasrat Jojo untuk kembali ke landasan kemenangan, namun semangat juangnya yang tinggi tetap mendapat pujian.

Jojo dijangka akan terus bangkit dan memperbaiki prestasi dalam aksi akan datang, sebagai antara harapan besar negara dalam arena seni bela diri campuran profesional.

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok