KUALA LUMPUR, 19 Mei - Pemain sape’ Sarawak, Alena Murang, melancarkan single terbarunya berjudul Jaga Alam, sempena Hari Biodiversiti Sedunia dan Hari Gawai.
Alena dalam satu kenyataan hari ini berkata, lagu itu merupakan seruan tulus untuk melindungi hutan-hutan di bumi serta semua kehidupan yang bergantung kepadanya.
“Dalam budaya Kelabit saya, alam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada kita, ianyasebahagian daripada diri kita dan kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam,” kata Alena.
“Menjaga bumi juga merupakan inti pati Hari Gawai, iaitu perayaan selepas habisnya penuaian padi. Lagu ini adalah peringatan bahawa alam akan menjaga kita, jika kita menjaganya.”
Dengan melodi yang menyentuh jiwa dan bunyi harmoni alat muzik tradisional Borneo, iaitu sape’, Alena menggabungkan alunan muzik tradisi dengan mesej moden.
Untuk rekod, Hari Biodiversiti Sedunia disambut pada 22 Mei setiap tahun.
#BilikBeritaCATS #CATSFM
Jaga Alam (Video Lirik) (18 Mei): https://youtu.be/inEKR5ThJC4

Jaga Alam (audio) (18 Mei):
Spotify: https://shorturl.at/thxU7