• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

BNM Dijangka Turunkan OPR ke 2.75% Susulan Tarif Timbal Balik AS
04 April 2025 | 02:15 PM

BNM Dijangka Turunkan OPR ke 2.75% Susulan Tarif Timbal Balik AS

Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% tahun ini bagi menangani risiko pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan. Langkah ini dipertimbangkan susulan pengenaan tarif timbal balik baharu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menurut laporan Kajian Pasaran dan Perbendaharaan CIMB.

BNM dijangka memotong OPR pada Julai bagi menyokong permintaan domestik, terutama jika cabaran global seperti kelembapan ekonomi AS atau permintaan luar yang lebih lemah semakin menekan pertumbuhan Malaysia.

Setakat ini, BNM mengekalkan pendirian berhati-hati, namun CIMB telah menyemak semula ramalan OPR dengan penurunan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% pada 2025, berbanding 3% sebelum ini.

Tarif Timbal Balik dan Kesan kepada Malaysia

Trump mengumumkan tarif baharu yang memberi kesan besar kepada pasaran global. Malaysia dikenakan tarif 24%, sementara negara lain seperti China (34%), Kesatuan Eropah (20%), Thailand (36%), Vietnam (46%), Jepun (24%), Kemboja (49%), Afrika Selatan (30%), dan Taiwan (32%) turut terkesan.

Menurut CIMB, tarif ini, bersama ekonomi AS yang perlahan (pertumbuhan 2.5% pada suku keempat 2024), memberi cabaran kepada pengeksport Asia. Negara yang berorientasikan eksport seperti Malaysia dan Thailand dijangka menerima kesan negatif akibat perubahan permintaan dan hakisan daya saing.

Sehubungan itu, CIMB menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 kepada 4%, berbanding 5% sebelumnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok