• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pesawat Jetstar Berpatah Balik Selepas Penumpang Cuba Buka Pintu Ketika di Udara
02 April 2025 | 11:52 AM

Pesawat Jetstar Berpatah Balik Selepas Penumpang Cuba Buka Pintu Ketika di Udara

Sebuah pesawat Jetstar yang dalam perjalanan dari Bali, Indonesia ke Melbourne, Australia terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang bertindak cuba membuka pintu pesawat ketika ia berada di atas Lautan Hindi.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, insiden berlaku malam kelmarin apabila penumpang berkenaan turut mengasari anak kapal. “Sebuah pesawat kami berpatah balik ke Denpasar selepas seorang penumpang cuba membuka salah satu pintu pesawat dan bertindak agresif terhadap kru kabin,” kata Jetstar seperti yang dilaporkan oleh CNN.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, individu berkenaan dikeluarkan dari pesawat oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang penumpang wanita di bahagian belakang pesawat mengangkat pemegang pintu sebelum sistem amaran keselamatan diaktifkan, menyebabkan anak kapal segera bertindak.

Data daripada laman penjejakan penerbangan Flightradar24 pula menunjukkan pesawat itu berlegar-legar di udara kira-kira sejam sebelum kembali ke Bali. Bagaimanapun, Jetstar tidak mendedahkan jumlah sebenar penumpang dan anak kapal yang berada dalam penerbangan tersebut.

Insiden ini menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan penerbangan dan keperluan kawalan lebih ketat terhadap tingkah laku penumpang bagi mengelakkan kejadian seumpama berulang.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok