• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

AirBorneo, nama syarikat penerbangan Sarawak
12 February 2025 | 04:25 PM

AirBorneo, nama syarikat penerbangan Sarawak

Kuching, 12 Januari: Syarikat penerbangan Sarawak kini akan dikenali sebagai AirBorneo.

Ia diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) antara Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) di Kuching hari ini.

Dengan pemeteraian perjanjian tersebut, MASwings secara rasminya telah diambil alih oleh kerajaan Sarawak.

Dalam ucapannya, Premier Sarawak berkata, pengambilalihan ini akan menjadikan Sarawak sebagai hab penerbangan utama ke Borneo serta pintu masuk ke ASEAN.

Ia juga akan membuka peluang untuk meningkatkan ketersambungan dan kebolehcapaian ke destinasi domestik dan antarabangsa.

Pemeteraian perjanjian tersebut dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, yang mewakili Kerajaan Sarawak dan juga Pengerusi AirBorneo, bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.

#BilikBeritaCats #Catsfm

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok