Kreativiti rakyat Malaysia dalam meraikan pelbagai perayaan memang tidak pernah gagal memukau. Baru-baru ini, sebuah sekolah di Kuching, Sarawak, mencuri perhatian ramai dengan pendekatan unik dan mesra alam sempena sambutan Tahun Baru Cina.
SK Sungai Maong mencipta sejarah kecil apabila mereka menggantikan mercun tradisional dengan belon dalam sambutan yang telah menjadi tular di media sosial. Video pendek yang dimuat naik ke laman Facebook sekolah tersebut telah mencatatkan lebih daripada 3.2 juta tontonan setakat ini!
Dalam klip sepanjang 18 saat itu, belon-belon dilihat disusun rapi dan dipasang di tingkat dua sekolah. Para guru di bawah kemudian menarik tali yang diikat pada tiang tinggi, yang dihias dengan kepala ular lengkap dengan lidah kecil, memberi sentuhan khas sempena Tahun Ular dalam kalendar Cina.
Apabila tali ditarik, belon mula meletup satu persatu, menghasilkan bunyi yang menyerupai mercun tradisional. Suasana bertukar meriah apabila letupan belon tersebut disambut dengan sorakan gemuruh pelajar dan guru!
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini