JOHOR BAHRU: Sebuah rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai membabitkan kejadian tembakan yang berlaku di hadapan sebuah restoran di Taman Setia Indah di sini tengah hari hari ini tular di media sosial.
Malah gambar tangkap layar seorang lelaki yang memakai topi keledar dan berbaju biru muda serta memakai beg turut tular.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu seorang lelaki berbaju berwarna hitam dan berseluar pendek (mangsa) didapati berjalan di samping menggunakan telefon bimbit di hadapan premis itu sebelum dihampiri lelaki yang bertopi keledar.
Lelaki berkenaan yang bertopeng muka turut dilihat melepaskan tembakan terhadap mangsa hingga mengakibatkan mangsa rebah.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini