Perodua Axia, yang sering dianggap sebagai "adik" kepada Myvi, mencuri perhatian ramai apabila sebuah video tular memaparkan kereta ini berada di atas sebuah sampan di Marudi, Baram, Sarawak.
Kejadian unik tersebut menunjukkan Axia seolah-olah sedang ditunda melintasi sungai, menarik pelbagai reaksi netizen yang terhibur.
Netizen berseloroh di ruangan komen, dengan ada yang menggelar Axia sebagai "King of the River" kerana keberanian kereta tersebut menaiki sampan.
Sebahagian pula tertanya-tanya bagaimana Axia dibawa naik ke atas sampan dan cara ia akan diturunkan.
Kejadian ini menambahkan lagi reputasi kereta Perodua sebagai ikon unik di Malaysia, sekali lagi membuktikan kebolehan luar biasa kenderaan kompak ini dalam situasi yang tidak diduga.
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini