Penduduk di Buldhana, negeri Maharashtra panik apabila berpuluh-puluh individu secara tiba-tiba mengalami keguguran rambut sehingga botak.
Menurut pegawai jabatan kesihatan, seramai 30 orang mengadu mengalami rambut gugur dan botak secara tiba-tiba di kampung Kalvad, Bondgaon dan Hingna.
Pegawai kesihatan Shegaon, Dr. Deepali Bahekar memberitahu pemberita bahawa rawatan perubatan bagi mereka yang terjejas telah bermula.
Sampel air dari kampung-kampung terlibat juga telah dihantar untuk menjalani ujian bagi memeriksa kemungkinan berlakunya pencemaran.
Pegawai kesihatan daerah, Amol Geete berkata, dalam kebanyakan kes, jangkitan kulat pada kulit kepala menyebabkan penduduk mengalami keguguran rambut.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini