Lhasa: Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa, susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pada pagi Selasa, lapor Xinhua.
Kementerian Keselamatan Awam China segera melancarkan langkah tindak balas bencana, menggerakkan pasukan polis tempatan untuk operasi menyelamat, mengawal lalu lintas, dan memastikan keselamatan awam berikutan gempa bumi itu.
Pusat arahan kecemasan wilayah itu mengumumkan pada Selasa bahawa tindak balas kecemasan gempa bumi di Xizang telah dinaikkan ke Tahap I, tahap tertinggi.
Sementara itu, China turut mengerahkan beberapa satelit penderiaan jauh untuk merakam imej kawasan terjejas.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini