• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Penemuan Bom Perang Dunia Kedua? Substesen Pulau Sibuan Semporna Ditutup Sementara
08 January 2025 | 03:47 PM

Penemuan Bom Perang Dunia Kedua? Substesen Pulau Sibuan Semporna Ditutup Sementara

Substesen Pulau Sibuan ditutup sementara, didakwa kerana penemuan bom perang dunia kedua.

Jika anda merancang perjalanan ke Pulau Sibuan di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, anda mungkin perlu menangguhkan rancangan tersebut buat sementara waktu.

Dalam satu kenyataan di Facebook Sabah Parks, Pengurusan Taman-Taman Sabah mengumumkan bahawa substesen Pulau Sibuan akan ditutup bermula Selasa, 7 Januari 2025, bermula jam 12:30 tengah hari.

Menurut kenyataan tersebut, penutupan ini dibuat selepas penemuan yang dipercayai bom peninggalan Perang Dunia Kedua di kawasan tersebut. Demi keselamatan pengunjung, pihak pengurusan memutuskan untuk menutup substesen itu sehingga kawasan tersebut disahkan selamat sepenuhnya.

Keputusan penutupan ini pastinya mengecewakan ramai pelancong dan penyelam yang bercadang untuk menikmati keindahan Pulau Sibuan. Namun, keselamatan sudah tentu menjadi keutamaan.

Orang ramai diingatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengelakkan kawasan ini sehingga pengesahan selamat dikeluarkan.

Sumber: I Love Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok