Virus baharu di China? hMPV lebih bahaya kerana tiada vaksin atay rawatan khusus
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menggesa rakyat Malaysia untuk berwaspada dan mengambil langkah pencegahan terhadap penularan virus, khususnya human metapneumovirus (hMPV) yang sedang melanda China. Beliau menekankan kepentingan berhati-hati dan belajar daripada pengalaman pandemik Covid-19.
Sarawak Bersedia Jika Perlu
Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengisytiharkan situasi ini sebagai darurat, Dr Sim memberi jaminan bahawa Sarawak telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan langkah-langkah yang sama seperti semasa pandemik Covid-19, sekiranya situasi menjadi lebih serius.
Sumber: I love Borneo

WHAT’S HOT

06 January 2025 | 04:58 PM