Sebuah penerbangan Air Canada 2259 terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield akibat kerosakan gear pendaratan terjadi di Ontario, Kanada.
Insiden yang berlaku sekitar pukul 9.30 pagi (waktu Malaysia) menyebabkan pesawat tergelincir dan enjinnya terbakar.
Dikabarkan bahawa tayar pesawat tidak keluar dengan sempurna semasa pendaratan.
Penumpang melaporkan pesawat senget dan menghasilkan bunyi kuat semasa mendarat.
Semua penumpang dan kru selamat, dengan tiada kematian dilaporkan.
Mereka kemudian menjalani pemeriksaan perubatan di sebuah hangar.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini