Pelakon veteran, A Galak, 84, menerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) iaitu anugerah pertama beliau, selepas 60 tahun sejak mula berlakon di Studio Jalan Ampas.
A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad berkata, ramai yang hairan kenapa dia yang juga dikenali sebagai 'tok misai' ini mengenali ramai pelakon di Shaw Brothers.
Beliau mula berkerja ketika berusia 19 tahun sehingga studio itu ditutup pada 1967. Kemudian, berhijrah dan berlakon di Kuala Lumpur.
A Galak juga cukup popular menerusi drama kepolisan bersama Skop Productions dan turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat produksi itu, khususnya pemilik dan sahabatnya, Datuk Yusof Haslam.
A Galak yang juga digelar Sarjan Misai dalam drama kepolisan itu bekerja dengan Skop Productions selama 40 tahun.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini