Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo, menegaskan bahawa Sarawak sedia menjadi gelanggang rasmi untuk Kejohanan Tinju Persekutuan Asia (ASBC) 2025 yang dijadual berlangsung pada bulan Jun tahun depan.
Menurut beliau, perkara ini telah dikemukakan kepada badan induk tertinggi, Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), dan mendapat maklum balas yang positif.
Beliau menjelaskan bahawa jika kejohanan ini berlangsung, ia akan menjadi kredit bagi Sarawak, terutama SABA, dengan memberikan peluang kepada petinju tempatan untuk bersaing dalam kejohanan kompetitif.
Pada masa yang sama, ia juga dapat memperkasakan pembangunan sukan tinju di Sarawak secara komprehensif.
Rahman turut menyatakan bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).
Sumber: Suara Sarawak
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini