Sape, alat muzik tradisional ikonik dari suku kaum Orang Ulu di Sarawak, kini mendapat pengiktirafan luar biasa dengan replika terbesar yang sudah siap dipasang di Sungai Asap, Murum.
Sape ialah alat muzik berbentuk seperti gitar, diperbuat daripada kayu dengan ukiran halus yang sangat cantik. Biasanya Sape ada 2 hingga 4 tali yang diperbuat daripada nilon.
Dahulu, Sape digunakan dalam upacara budaya, perayaan, dan ritual, menyampaikan cerita dan kepercayaan spiritual melalui melodi uniknya.
Tapi sekarang, muzik Sape sudah bercampur elemen kontemporari seperti pop dan jazz. Sape juga melambangkan warisan budaya dan identiti yang kaya bagi rakyat Sarawak.
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini