Seorang penjual durian tertipu apabila 10 kotak berisi durian Musang King berharga SGD$400 (RM1,300) dicuri oleh ‘scammer’ di hadapan pintu sebuah flat.
Pada mulanya, pemilik kedai Kaki Durian itu, menerima pesanan untuk menghantar 10 kotak durian tersebut ke depan rumah seorang pelanggan.
Apabila tiba di alamat tersebut, pekerja penghantaran melihat unit flat itu seperti tidak berpenghuni kerana terdapat banyak risalah diletakkan di pintu.
Dia mengarahkan penghantar itu untuk menunggu lebih lama, menyebabkan dia meninggalkan kotak-kotak durian di depan pintu dan turun ke bawah untuk menghisap rokok.
Beberapa minit kemudian, apabila pekerja itu kembali ke flat tersebut, dia melihat semua kotak durian telah hilang.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini