Penjaga gol Paris Saint-Germain, Gianluigi Donnarumma cedera di muka selepas terkena stud kasut bola pemain Monaco ketika aksi Ligue 1.
Penjaga gol Itali itu menyelamatkan percubaan Wilfired Singo di babak pertama pertembungan di Stade Louis II dan mukanya luka terkena stud kasut bola pemain berkenaan.
Pemain 25 tahun itu menerima rawatan susulan insiden berkenaan, tetapi terpaksa dikeluarkan pada minit ke-22 dan digantikan oleh Matvei Safonov.
Singo terlepas hukuman oleh pengadil, Francois Letexier yang sudah melayangkan kad kuning kepada pertahanan Monaco itu pada minit ke-14 kerana mengasari Desire Doue.
Donnarumma yang menerima 10 jahitan di mukanya, menunggu di dalam terowong sehingga rehat kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil melepaskan Singo.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini