Sebuah video tular di media sosial menunjukkan seekor buaya dalam keadaan kurus kering di sebuah zoo di China.
Reptilia tersebut dirakam di Zoo Guangzhou sekali gus mencetuskan kemarahan ramai dengan menuduh pengurusan zoo berkenaan sebagai melakukan kekejaman haiwan.
Video itu menunjukkan buaya tersebut kelihatan seperti bangkai yang sudah mereput disebabkan keadaan tulang belakangnya yang tersembul.
Ia dirakam merangkak perlahan-lahan di dalam sebuah kandang kaca.
Selepas mendapat kecaman ramai, pihak zoo berkenaan tampil menjelaskan bahawa buaya itu bukannya tidak mendapat zat mencukupi, sebaliknya mengalami gastroenteritis, menyebabkan ia kehilangan berat badan berlebihan.
Gastroenteritis biasanya berpunca daripada bakteria atau virus yang menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini